Ustaz gelar polis bodoh sudah lama dijatuhi hukuman denda RM7,000
Seorang ustaz yang menggelar anggota polis trafik sebagai ‘bodoh’ kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya sudah lama dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan, pihaknya mengesan video berdurasi 55 saat, tujuh tahun lalu itu kembali ditularkan di media sosial.
Jelasnya, penceramah berkenaan telah dituduh di mahkamah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) di Mahkamah Majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016.
“Penceramah itu juga telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semakan Harapan Daily mendapati, penceramah dari Kampung Melayu Rasa, Selangor tersebut berusia 44 tahun pada masa itu.
Klip video tohmahannya itu yang turut menuduh anggota polis tidak sembahyang Jumaat kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya kembali tersebar di media sosial.
“Roadblock polis tidak payah, polis bodoh hari Jumaat buat speed trap (perangkap had laju), bodoh punya polis trafik.
“Polis trafik bodoh hari Jumaat engkau boleh jaga negara, tidak sembahyang Jumaat jika ada rasuah, jika ada benda yang mengganggu ketenteraman negara.
“Jika sebab saja-saja nak buat roadblock, haram gaji pada hari itu. Jangan jadi bahalol sebab bagi anak bini makan duit haram,” katanya yang ketika itu menanggung 10 anak dan isterinya tidak bekerjamempunyai 10 orang anak.
Sehubungan itu, Skandaguru mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberikan sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi klip video berkenaan menerusi mana-mana platform media sosial atau berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambahnya lagi.
BACA JUGA Ketika pemimpin Pas perlekeh, doktor akui Menu Rahmah sihat dan seimbang
Â