Mahiaddin dikekalkan presiden PPBM

Tan Sri Mahiaddin Yassin dikekalkan sebagai presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hasil dari kesemua 1041 perwakilan menyokong usul tersebut dan menolak peletakan jawatannya.

Usul tersebut dicadangkan oleh timbalan presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Kita sedar tanpa Mahiaddin, parti ini tiada. Perjuangan parti ini adalah berdasarkan ideologi beliau dan kejayaan kita ini kerana keyakinan rakyat terhadap beliau.

“Abah sentiasa bersama kita. Kini tiba waktu kita bersama beliau,” kata Ahmad Faizal.

Majlis Tertinggi Bersatu turut mengambil pendekatan sama berkaitan dengan kedudukan Mahiaddin.

Mahiaddin berdepan dengan tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dipenjarakan selama 20 tahun.