Hantar ganja, buang duit

Menteri Ekonom Rafizi Ramli menganggap tindakan individu ‘misteri’ yang menghantar ganja ke pejabatnya dan Perdana Menteri sebagai satu satu pembaziran yang ‘buang duit’.

“Saya tidak tengok pun bungkusan terbabit, orang hantar ganja kemudian polis ambillah. Dua-dua kami tidak ambil ganja, jadi buang duit sahajalah (ganja) dan bungkusan itu sudah dihantar ke polis,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ekstrak ganja yang dialamatkan kepadanya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan rampasan bungkusan disyaki ganja yang dihantar di sebuah syarikat kurier di Dengkil.

Jelasnya, kotak itu memuatkan satu tiub ubat gigi berpenutup warna hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan Happy Green, mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi estrak daun ganja seberat 80 gram.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati barangan terbabit dibeli oleh pengirim melalui platform e-dagang secara dalam talian dari Indonesia.

BACA JUGA: Jadikan Nik Aziz ikon perpaduan