Jadikan Nik Aziz ikon perpaduan

RSN Rayer (Jelutong-PH) menggesa agar mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadikan ikon perpaduan oleh kerajaan perpaduan.

“Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat wajar dijadikan ikon perpaduan di mana ketika pentadbiran beliau masyarakat India, Cina dan lain – lain Kelantan terbela,” kata Rayer semasa debat belanjawan Kementerian Perpaduan Negara peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya syorkan Marang baca berkenaan beliau,” katanya lagi merujuk kepada presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu Rayer turut menyelar pembangkang yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan perpaduan terencat dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar mantan ahli parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri Malaysia sebanyak dua kali.

“Perpaduan menjadi lebih teruk selepas beliau memimpin. Kali kedua, kerajaan tumbang. Bagaimanapun beliau terus serang Tambun,” katanya merujuk kepada kerusi yang dipegang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau menyatakan ketidakyakinannya terhadap Tambun. Please Tun take a break, take a rest.”

BACA JUGA: ‘Saya tak peduli, kalau kamu rasuah atau curi wang, bayar balik’ – PM Anwar