Jelajah Ehsan: Dengkil, Sabak antara sembilan lokasi jualan murah hari ini

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengajak orang ramai mengambil peluang untuk mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah di sembilan lokasi Jelajah Ehsan Rakyat (JER) hari ini.

Beliau berkata program yang diadakan di sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari ini.

“Warga Selangor berpeluang menikmati harga barangan makanan mentah dan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat (JER),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Melalui infografik yang dikongsi, JER menawarkan jualan bahan mentah seperti ayam pada harga RM10 seekor, ikan kembung (RM6 satu pek), daging pejal (RM10 satu pek 900g), telur (RM10 sepapan), beras (RM10 sekampit 5kg) dan minyak masak (RM25 sebotol 5kg).

Berikut adalah lokasi JER hari ini:

– Balai Raya Kg Pancang Bedena (DUN Sabak)

– Pekarangan Masjid At-Taqwa, Sg Yu (DUN Permatang)

– Apartmen Enggang Taman Templer (DUN Taman Templer)

– Jalan Kampung Pandan, Kg Pandan Dalam (DUN Pandah Indah)

– Taman Saujana Utama (DUN Paya Jaras)

– Taman Sri Perepat (DUN Meru)

– Balai MPKK Kerayong 2 (Sementa)

– Balai Raya Taman Sri Telok Datok (DUN Banting)

– Hadapan Balai Bomba Dengkil (DUN Dengkil)

BACA JUGA: Kapasiti Selangor pacu ekonomi terus unggul, 30 firma Jepun minat melabur – MB