Kadar kemiskinan tertinggi di kalangan masyarakat Bumiputera, Sabah

Kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia berlaku di kalangan Bumiputera dan jika dilihat mengikut negeri, kemiskinan tertinggi direkodkan di Sabah.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, kadar kemiskinan mutlak di peringkat nasional berdasarkan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) ialah 5.6%.

“Berdasarkan survei ini, kadar kemiskinan mutlak peringkat nasional adalah 5.6% pada tahun 2019. Manakala, kadar kemiskinan mengikut tiga kumpulan etnik utama pada tahun 2019 adalah Bumiputera (7.2%), Cina (1.4%) dan India (4.8%),” kata Rafizi dalam jawapan bertulis kepada Salamiah Mohd Nor (Temerloh-PN).

“Seterusnya, kadar kemiskinan mengikut negeri pada tahun 2019 adalah Johor (3.9%), Kedah (8.8%), Kelantan (12.4%), Melaka (3.9%), Negeri Sembilan (4.3%), Pahang (4.3%), Pulau Pinang (1.9%), Perak (7.3%), Perlis (3.9%), Selangor (1.2%), Terengganu (6.1%), Sabah (19.5%), Sarawak (9.0%), W.P. Kuala Lumpur (0.2%), W.P. Labuan (3.1%) dan W.P. Putrajaya (0.4%).

Survei (HIES & BA) yang seterusnya akan dijalankan pada tahun ini.

BACA JUGA: IPR akan keluarkan miskin tegar dari B40