Kerajaan komited basmi miskin tegar pada tahun 2025

Kerajaan komited dalam usaha membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2025, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali.

Terdapat 427,213 ketua isi rumah miskin direkodkan dalam sistem eKasih. Daripada jumlah tersebut, 124519 adalah miskin tegar manakala 302694 adalah miskin.

Usaha pembasmian kemiskinan dijalankan oleh pelbagai kementerian. Inisiatif Pendapatan Rakyat adalah usaha Kementerian Ekonomi, manakala Sumbangan Tunai Rahmah ialah inisiatif Kementerian Kewangan.

Progam Payung Rahmah pula ialah rancangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup manakala Program Rebat Bil Elektrik RM40 ialah rancangan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat. Waris ketua isi rumah akan menerima RM10,000 sekiranya kematian adalah semulajadi. Waris kepada ketua isi rumah yang mati dalam kemalangan akan menerima RM25,000 dan ketua isi rumah yang mempunyai kecacatan kekal akan menerima RM10,000.

Beliau turut menyatakan bahawa kaedah pengukuran kemiskinan sedang dikaji semula.

“Pada masa kini, kemiskinan diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK). Namun, kerajaan melalui Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang mengkaji dan meneliti kaedah pengukuran yang baharu bagi menggantikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang mengukur kemiskinan mutlak,” kata beliau dalam jawapan bertulisnya

BACA JUGA: IPR akan keluarkan miskin tegar dariB40