Pegawai, kakitangan awam kaum India meliputi 4.11% perkhidmatan awam
Sehingga Disember 2022, jumlah pegawai dan kakitangan awam dari kaum India di Malaysia ialah 41,117 orang.
“Bilangan ini meliputi 4.11% dari jumlah keseluruhan 1, 001, 012,” kata Datuk Armizan Mohd Ali dalam jawapan bertulis kepada Datuk M Saravanan (Taiping-BN).
Data perjawatan ini adalah berdasarkan Jawatan Berwaran, tidak termasuk Polis dan Tentera, dan tertakluk kepada pengemaskinian oleh pengguna dan pegawai.
BACA JUGA: PM: Skim gaji kakitangan awam jadi keutamaan, perkara positif diumum Khamis
Â