Sultan dah larang ahli politik ceramah di masjid tapi Pas pula pertikai

Pas dilihat mempertikai larangan kepada ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau selepas beberapa negeri menguatkuasakan peraturan tersebut.

Timbalan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, Nabi dan para sahabat juga kebanyakannya merupakan ahli politik.

“Pasal apa tak boleh cakap politik dalam masjid? Bukankah Nabi itu ahli politik?

“10 sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga, sembilan daripadanya ahli politik,” katanya dalam ceramah yang disiarkan TikTok Pas Pasir Gudang.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa politik dan parti adalah dua perkara yang berbeza.

“Pasal apa tak boleh bercakap politik dalam masjid? Parti lain. Parti adalah kenderaan,” hujahnya.

Sedutan video berdurasi sembilan minit itu juga menyaksikan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkenaan mengakui bahawa ganjaran kuasa di dunia merosakkan golongan ulama.

Bekas Menteri Alam Sekitar itu turut bercerita bagaimana seorang orientalis Belanda, Snouck Hurgronje menyamar bagi kepentingan kolonial menakluk wilayah Aceh.

Sebelum ini, beberapa negeri telah melarang mana-mana ahli politik menggunakan masjid dan surau untuk sebarang aktiviti dan program.

Di Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu negeri (MAIDAM) membuat ketetapan tidak membenarkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dan surau dalam Terenggganu.

Larangan sama kemudiannya dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menegaskan bahawa individu yang memegang jawatan dalam parti politik dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyadah di masjid dan surau berdaftar di bawah institusi itu.

Terbaharu, semalam apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi memberi peringatan supaya masjid dan surau tidak dijadikan medan serta propaganda politik kepartian.

LANJUT MENYUSUL Ustaz gelar polis bodoh sudah lama dijatuhi hukuman denda RM7,000

Â