Ahli politik ada kepakaran, profesional wajar dilantik sertai GLC

Ahli politik yang mempunyai pengalaman dan kepakaran serta kelulusan profesional wajar dilantik menyertai mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jika tiada calon lain yang lebih berkelayakan.

Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW) Jais Abdul Karim berkata ahli-ahli politik ini pasti mempunyai akses dan sumber penting seperti kawalan dan pengaruh politik yang diperlukan untuk menjadikan GLC berjaya.

Sambil memandangkan positif perkata itu beliau berkata lantikan itu juga dapat memastikan bahawa keputusan-keputusan GLC selaras dengan dasar kerajaan dan objektif nasional.

“Namun, mereka mestilah diberikan latihan pengukuhan integriti dalam memastikan masalah salah guna kuasa yang sering berlaku dapat dikekang.

“Kuasa yang diberikan kepada mereka perlu dipantau dengan teliti dan pelbagai SOP perlu diperkenalkan dan diperketatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata ahli politik tersebut perlu diberikan taklimat khusus berkenaan limitasi kuasa sebagai rujukan dan garis panduan pentadbiran.

“Nilai integriti diri mereka juga perlu diuji dan diperkasakan. Pelantikan terkini kerajaan PH ini pasti akan diteropong secara terperinci kerana mereka pernah menyatakan untuk tidak mahu lantikan politik menerajui GLC,” tegasnya.

BACA JUGA: SPRM perlu diberi kebebasan siasat, dakwa siapa saja pemimpin politik – NGO