Dakwaan Hadi tidak berasas, Kelantan terendah keluar mengundi – Penganalis

Penganalisis politik, Dr Bridget Welsh hari ini membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kadar keluar mengundi mengikut kaum pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu membuat dakwaan tidak berasas bahawa kadar keluar mengundi orang Cina lebih tinggi disebabkan orang Melayu pergi menunaikan umrah.

“Namun, analisis saya terhadap tingkah laku undian etnik semasa PRU15 menunjukkan sebaliknya,” tegas beliau.

Pemerhati politik Malaysia dari Universiti Nottingham itu berkata, Hadi mencanangkan naratif tidak tetap memandangkan kadar keluar mengundi orang Melayu adalah lebih tinggi.

Sehubungan itu, jelasnya, PN mendapat kelebihan dengan kejayaan yang melonjak sekali gus menjunamkan prestasi Pakatan Harapan (PH).

“Pada masa sama, kadar keluar mengundi lebih rendah di kalangan orang Cina mengurangkan peluang calon PH,” dipetik daripada ulasan beliau.

Kelantan catat kadar keluar mengundi pada PRU15 terendah di negara ini.

Dalam masa sama, Bridget Welsh berkata, kubu kuat Pas di Kelantan mencatatkan kadar keluar mengundi pada PRU15 yang paling rendah di Malaysia.

Rekod itu bertentangan dengan pengundian tertinggi dalam kalangan orang Melayu dengan tidak berubah secara ketara mengikut negeri.

“Faktor pengundi luar sedikit sebanyak dapat membantu kita memahami punca kadar keluar mengundi yang rendah.

“Kurangnya persaingan turut memainkan peranan: Pas yang mendominasi politik Kelantan menyebabkan banyak persaingan menjadi tidak sengit,” kata beliau lagi.

BACA JUGA Pemuda AMANAH dan AMK lapor polis isu Hadi