Penuhi permintaan gula, kerajaan akan bangunkan semula industri tebu

Kerajaan akan membangunkan semula industri tebu bagi membantu memenuhi permintaan gula dalam negara.

Menurutnya, kerajaan dalam perancangan mengenalpasti tanah-tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di Utara Perak bagi tujuan tersebut.

Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping di Perlis pada tahun 2012.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak atau pergerakan mata wang menyebabkan kos perkapalan akan mahal memandangkan Malaysia mengimport 100 peratus gula mentah.

“Jadi, sekarang ada keperluan untuk kita menanam tebu dan rantaian ini akan disusun kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada pembeli tersedia,” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat semalam.

Pada masa ini, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) menguasai pengeluaran gula bertapis dengan kapasiti tahunan mencecah 2.05 juta tan.

Sepanjang 10 tahun yang lalu, pengeluar gula bertapis beroperasi tanpa subsidi dan hanya menerima sedikit kenaikan harga sebanyak satu sen sekilogram.

BACA JUGA Ubat gigi ekstrak daun ganja tiada kaitan dengan PM, Rafizi