500 ladang babi seluruh negara

Terdapat 500 ladang babi di seluruh negara. Dari jumlah tersebut 375 adalah ladang babi berlesen dan baki 125 adalah tidak berlesen.

“Keseluruhan 500 ladang babi ini mempunyai 852,780 ekor babi ternakan,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam jawapan bertulis kepada Wan Saifulruddin Wan Jan (Tasek Gelugor-PN) yang menanyakan berkenaan jumlah penternak, kompaun yang dikenakan ke atas penternak kerana pencemaran yang menjejaskan pesawah dan nelayan di kawasan beliau.

“Dari tahun 2021 sehingga Februari 2023, sebanyak 126 kes melibatkan penternakan babi dikenakan kompaun kerana kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan Negeri. Jumlah kompaun yang dikenakan adalah
sebanyak RM162,550,” kata Mohamad.

Mohamad turut memaklumkan tiada pampasan diberikan kepada petani dan nelayan yang terjejas kerana pencemaran dari penternakan babi.