LPSVN memperoleh 4,522 karya koleksi negara

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) yang ditubuhkan pada 27 Ogos 1958 telah memperoleh 4,522 karya koleksi negara sehingga tahun 2022.

Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Tiong King Sing, dari angka di atas, 1,336 ialah koleksi catan, 2,634 koleksi karya atas kertas dan 582 koleksi arca dan objek seni.

“LPSVN telah menerbitkan dua naskah Inventori Himpunan Tetap Warisan Seni Negara iaitu senarai Koleksi Negara tahun 1958 sehingga 2003 bagi terbitan pertama dan senarai Koleksi Negara tahun 2004 sehingga tahun 2009 bagi terbitan kedua,” kata Tiong dalam jawapan bertulis kepada Amiruddin Shari (Gombak-PH).

“LPSVN kini juga dalam proses untuk menerbitkan senarai Koleksi Negara yang diperoleh pada tahun 2010 hingga 2020,” tambah beliau.