Tiada keperluan untuk tubuhkan Lembaga Durian Malaysia
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan tidak wujud keperluan untuk menubuhkan Lembaga Durian Malaysia buat masa ini kerana industri durian boleh berdiri tanpa campur tangan kerajaan.
“Berdasarkan pengeluaran dan nilai eksport yang diperolehi, kementerian percaya industri durian boleh berdiri sendiri tanpa intervensi kerajaan sehingga memerlukan penubuhan sebuah lembaga bagi mengawal selia industri durian,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Chow Yu Hui (Raub-PH).
“Namun sekiranya terdapat keperluan di masa akan datang, cadangan penubuhan Lembaga Durian Malaysia perlu diteliti dan dilihat dari pelbagai sudut supaya asas penubuhannya tidak mengganggu industri durian yang sedang berkembang pesat akibat karenah birokrasi dan pertindihan fungsi yang mungkin wujud daripada penubuhan lembaga tersebut.”
Pengeluaran durian telah mengalami peningkatan sebanyak 52 peratus iaitu sebanyak 459,747 tan metrik pada tahun 2022.
Nilai eksport durian pula berkembang kepada 107% bersamaan dengan RM 74.8 juta dalam tempoh lima tahun.
Negara pengimport durian Malaysia yang utama ialah Hong Kong, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia.
BACA JUGA: Durian pun dah ada Menu Rahmah
Â