Menjelang Ramadan, 250 tetamu hadiri Majlis Ilmu Madani bersama PM Anwar
Kira-kira 250 tetamu dari pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan badan bukan kerajaan menghadiri Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana malam tadi.
Program menjelang Ramadan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Perpaduan itu dihadiri antaranya Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Turut hadir dalam majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu adalah Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia dan Pertubuhan Penggerak Dakwah Putrajaya.
Majlis disusuli dengan bacaan selawat serta zikir, tazkirah dan solat Isyak berjemaah.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA ‘Ada buktikah saya campur tangan untuk dakwa sesiapa?’ – Anwar kepada PN
Â