Kelantan tidak bantah keputusan jadi tuan rumah Sukma 2028
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan meletakkan negeri itu sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2028.
Menurutnya, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA itu dibuat kelmarin tetapi perincian mesyuarat tersebut tidak boleh didedahkan.
“Alasan kita (Kelantan) ditangguhkan menjadi tuan rumah kena tanya Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) sendiri.
“Namun begitu persiapan untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2028 akan diteruskan,” dipetik Bernama.
Wan Roslan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Mesyuarat Agung Pemuda Pas Kelantan kali ke-64, di Kota Bharu hari ini.
BACA JUGA SPRM kerjasama dengan FBI, NCA jejak aset penipuan saham