Nik Nazmi berazam mahu selesaikan masalah air di Kelantan

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berjanji akan menyelesaikan masalah air di Kelantan.

“Saya sebagai menteri yang jaga air memberikan komitmen untuk selesaikan masalah air di Kelantan once and for all,” kata Nik Nazmi ketika berucap dalam Konvensyen Khas PKR di Shah Alam hari ini.

Katanya, dengan kepimpinan Datuk Setri Anwar Ibrahim, beliau yakin kerajaan pusat tidak akan bersifat dendam dan meminggirkan pembangkang.

“PM kita sekarang Anwar bukan Mahathir…. Mahathir bersikap pinggirkan pembangkang tetapi tidak Datuk Seri Anwar.

“Kita akan bantu dan tidak akan pinggirkan mereka.

“Kita tunggu penglibatan kerajaan negeri (dalam menyelesaikan isu ini),” kata beliau.

Kongres Khas PKR di Shah Alam hari ini.

Nik Nazmi yang juga Pengerusi PKR di Kelantan dan Terengganu juga berkata, PKR mengajak rakyat kedua-dua negeri untuk memilih pembangkang yang kuat dalam Pilihan Raya Negeri untuk kedua-dua negeri itu nanti.

“Wi gak sekali… klate dan Teganu nak duduk depe,” kata Nik Nazmi yang mana kedua ibu dan bapanya berasal dari Kelantan.

Beliau mengajak rakyat kedua-dua negeri itu untuk menolak politik benci dan melampau kerana tiada tempat dalam negara majmuk macam Malaysia, “bukan sentiasa membakar sentimen perkauman dan agama.”

Menurut beliau, apabila Pakatan Harapan menang dalam PRU 2018, kerajaan telah memberikan bantuan yang besar kepada Kelantan.

“Mereka dapat kuasa lepas itu, apa mereka buat untuk Kelantan dan Terengganu ketida Pas ada di Putrajaya.

“Mereka pura-pura suci, tetapi politik penuh keji dengan mencerca dan menipu.

“Pas sudah tak serupa zaman tok guru (Nik Aziz) dahulu,” katanya.

 

BACA JUGA PM, Wan Azizah sebak tonton sedutan filem ‘Anwar Ibrahim: Untold Story’

JUGA ‘Kamu cuba nak rampas pentadbiran kerajaan, silakan tetapi tidak mudah’