Kedudukan Zahid Hamidi semakin kukuh dalam Umno

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengukuhkan kedudukan dalam Umno apabila hampir kesemua pemimpin yang menyokong beliau menang dalam pemilihan yang berlangsung semalam.

Dua dari Naib Presiden yang menang iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merupakan penyokong Ahmad Zahid.

Dengan kemenangan mereka, ia menambahkan koleksi penyokong Zahid dalam barisan kepimpinan utama Umno selepas Ketua Pemuda Umno dimenangi oleh Muhamad Akmal Saleh serta dan ketua Puteri Umno dimenangi Nurul Amal Fauzi.

Penyokong kuat Zahid yang menang Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Shamsul Anuar Nasarah, Zambry Abdul Kadir, Ahmad Maslan, Bung Moktar Radin, Azeez Abdul Rahim, Ahmad Jazlan Yaakub, Mohd Puad Zarkashi, Razlan Rafii dan Zahida Zarikh Khan.

Turut menang adalah Isham Jalil, Datuk Ahmad Said, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Datuk Lokman Noor Adam.

Sebelum ini, jawatan Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan diputuskan tidak dipertandingkan dalam pemilihan kali ini.

Perikatan Nasional (PN) melobi agar pemimpin Umno yang condong kepada mereka menang dalam pemilihan kali ini, namun tidak menjadi.

BACA JUGA  Teladani kejatuhan kerajaan PN, gelojoh merebut habuan kekuasaan – Anwar