Kes terbanyak di bawah Akta Hasutan dalam tahun 2020

Sejak tahun 2020 hingga 2022, bilangan kes terbanyak yang dibuka di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948 ialah sebanyak 117 di dalam tahun 2020.

Jumlah kes yang disiasat menurun kepada 84 dan seterusnya 54, masing-masing pada tahun 2021 dan 2022,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis beliau kepada Ngeh Koo Ham (Beruas-PH).

Bilangan tangkapan tertinggi direkodkan pada tahun 2021 iaitu 36 dan 2 telah dituduh di mahkamah. Di dalam tahun 2022 pula, 24 ditangkap dan dua dituduh.

Dari sudut jantina, bilangan lelaki yang ditahan dan dituduh sangat ditinggi berbanding wanita. Seramai 29 lelaki ditangkap dan dua dituduh di dalam tahun 2021 manakala 24 lelaki ditangkap dan dua dituduh di mahkamah.

Untuk wanita pula tujuh ditangkap tapi sifar dituduh di mahkamah dalam tahun 2021.

Bilangan tangkapan dan tuduhan tertinggi melibatkan masyarakat Melayu. Dalam tahun 2021, 27 dari 36 kes tangkapan melibatkan orang Melayu dan dua yang didakwa di mahkamah ialah Melayu.

Dalam tahun 2022, 12 dari 24 yang ditangkap ialah Melayu dan dari jumlah tersebut dua didakwa di mahkamah.