Majlis Autisme Kebangsaan dalam pertimbangan

Kementerian Kesihatan sedang menyediakan kertas pertimbangan kepada Kabinet bagi penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan ekoran daripada eningkatan bilangan kanak-kanak dan individu dengan autism spectrum disorder (ASD).

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Majlis Autisme Kebangsaan akan diwakili oleh semua pihak berkepentingan.

“Majlis Autisme Kebangsaan ini akan dianggotai oleh wakilwakil dari pelbagai Kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan individu lain yang berkepentingan,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Dr Alias Razak (Kuala Nerus-PN).

“Majlis ini bertindak sebagai satu platform yang tersusun dan produkti f untuk pemberian perkhidmatan kepada individu dengan ASD.

“Strategi/intervensi yang diambil melalui majlis ini adalah berasaskan komuniti, intervensi pelbagai ( multipelaksanaan gabungan) dan penglibatan sukarelawan tempatan melalui usaha pemerkasaan komuniti.

“Ini termasuklah program dan aktiviti yang dirangka melalui penyediaan blueprint strategi/intervensi bagi jangka pendek, sederhana dan panjang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk kesejahteraan individu dengan ASD yang merupakan salah satu terma rujukan Majlis Autisme Kebangsaan,” kata Dr Zaliha.

Â