Terengganu arah pakai pelitup muka di masjid dan surau kuatkuasa 1 Ramadan

Semua jemaah masjid dan surau di Terengganu perlu memakai pelitup muka mulai 1 Ramadan atau bersamaan 23 Mac depan.

Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, pihaknya memohon jasa baik dan kerjasama daripada orang ramai agar dapat membuat hebahan mengenai perkara tersebut.

”Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas dan dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah memperkenankan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau dalam negeri Terengganu pada 19 Mac 2023. Perkara ini akan berkuatkuasa mulai 1 Ramadan bersamaan 23 Mac 2023.

”Sehubungan itu, pihak majlis memohon jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan agar dapat membuat hebahan ke seluruh masjid dan surau di Negeri Terengganu berkenaan dengan kenyataan ini,” maklum beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Penggunaan pelitup muka menjadi perkara wjib sejak bermulanya pandemik Covid-19.

BACA JUGA: Aktivis PAS pertikai MAIDAM, tuduh seret Istana Terengganu bantutkan dakwah