10 Jawatankuasa Khas Parlimen (JKKP) akan ditubuhkan

Sebanyak 10 Jawatankuasa Khas Parlimen (JKKP) akan ditubuhkan untuk memainkan peranan sebagai alat semak dan imbang di parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang -Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan perkara ini semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

JKP berkenaan akan meliputi bidang kewangan dan ekonomi, kesihatan, perdagangan dalam negeri, keusahawanan, kos sara hidup dan pertanian, infrastruktur, pengangkutan dan komunikasi.

Ia turut meliputi pendidikan dan pembangunan sumber manusia, wanita, kanak-kanak dan pembangunan komuniti, alam sekitar, sains dan pertanian, keselamatan, hubungan antarabangsa dan perdagangan, hak asasi manusia, pilihan raya umum dan reformasi institusi.

Walau bagaimanapun senarai pengerusi untuk JKKP berkenaan tidak dinamakan.

BACA JUGA: MP Petaling Jaya cadang tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Perubahan Iklim

Â