AGU 55 memang kereta Dr Agus tetapi sebelum jadi KP J-KOM

Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Hisyamuddin Ghazali mengesahkan kereta Mercedes bernombor pendaftaran AGU 55 memang milik bosnya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.

Tetapi itu adalah kereta yang beliau miliki sebelum menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) lagi.

“Che’GuBard Original tak habis habis dengan fitnah. Takut benar dengan J-KOM ya? Tu tandanya J-KOM wujud n buat kerja.

“Gambar Che’GuBard ambil tu dari Instagram Prof Dr Agus, pada 6 Januari 2023 iaitu sebelum beliau dilantik jadi KP J-KOM,” kata Hisyamudddin yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz itu.

Dr Agus telah dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM mulai 1 Februari 2023.

Kereta milik Dr Agus Yusof yang dimiliki beliau sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah J-KOM. Gambar atas adalah gambar kereta Mercedes milik Exco Kelantan yang diletakkan bersebelahan pejabat Pas Kelantan di Kota Bharu.

Menurut Syam Ghaz, Dr Agus adalah seorang profesor kanan dan berkhidmat hampir 40 tahun di UKM. Selepas bersara beliau dilantik jadi penasihat kepada Gabenor di Gorontalo, Indonesia.

“Berbeza dengan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco-Exco Kelantan yang beli Mercedes RM3.5 Juta dengan duit kerajaan bernilai RM3.5 Juta,” kata Syam Ghaz yang menyindir pemimpin Pas di Kelantan yang memakai Mercedes dengan menggunakan wang rakyat.

Pendokong Perikatan Nasional (PN) menyebarkan gambar sebuah kereta Mercedes yang bernombor AGU 55 yang disahkan kemudiannya oleh Syam Ghaz sebagai milik Dr Agus Yusof.

 

BACA JUGA Ibu bapa sambut baik tiada kelas akademik minggu pertama sekolah

Â