Bar program “Thai Hot Guy” tiada lesen hiburan DBKL

Bar yang menganjurkan program ‘Thai Hot Guy’ dengan menampilkan beberapa pelayan lelaki mengenakan pakaian mencolok mata, beroperasi sebagai restoran tanpa lesen hiburan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Perkara tersebut disahkan setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azman Abidin.

“Walau bagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 yang lalu.

“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.

“DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat – syarat oleh penganjur,” kata Azman.

Menerusi poster yang didakwa dimuat naik sebuah akaun Facebook bernama KL NOW kelmarin, program tersebut akan berlangsung pada 30 Mac.