Dr Agus buat laporan polis, minta peguam ambil tindakan terhadap Che’gu Bard

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof telah membuat arahan kepada pegawai beliau agar membuat laporan polis kepada Badrul Hisyam Shahrin yang membuat fitnah kepada beliau.

Beliau juga telah meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis Perikatan Nasional (PN) yang lebih dikenali sebagai Che’gu Bard itu.

“Terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan tentang tohmahan Chegu Bard terhadap saya.

“Saya tiada komen lanjut.

“Saya telah minta pegawai saya buat laporan polis hari ini dan minta peguam saya ambil tindakan perlu esok.

“Biarlah proses keadilan mengambil tempatnya,” kata Dr Agus ketika mengulas dakwaan pemimpin Bersatu Negeri Sembilan itu kononnya Dr Agus mendapat kereta baharu selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom.

Menurut Agus, beliau mahu menumpukan masa untuk menggerakkan aktiviti J-Kom dan merancang hal-hal perlu sesuai dengan tugas yang diamanahkan ke atas bahu beliau.

“Doakan saya dan pasukan kami di J-Kom. Semoga kami di bawah lindungan Allah selalu,” kata bekas profesor sains politik dari UKM itu.

“Hebat Ketua Pengarah J-Kom Aguss ni… baru dilantik… kereta pun cantik.. nombor plat pun cantik… dengan nombor plat saja boleh beli cash kereta orang susah yang nak keluar kwsp bayar hutang kereta yang tertunggak,” kata Badrul dalam komen beliau di dalam Facebooknya sambil menunjukkan gambar kereta milik Dr Agus.

Kereta milik Dr Agus yang dibuat tohmahan oleh Che’gu Bard.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Hishamuddin Ghazali atau Syam Ghaz telah berkata, gambar kereta Mercedes bernombor AGU 55 adalah milik Dr Agus yang dimiliki beliau sebelum menjadi Ketua Pengarah J-Kom lagi sesuai dengan kemampuan beliau.

 

BACA JUGA AGU 55 memang kereta Dr Agus tetapi sebelum jadi KP J-KOM