Masalah kekurangan guru Bahasa Cina dan Tamil sedang diatasi
Masalah kekurangan guru Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang berstatus sekolah bantuan kerajaan sedang diatasi oleh Kementerian Pendidikan.
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, pihaknya telah membuat penambahbaikan dalam proses pengambilan guru ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).
“Mulai tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti PISMP untuk membuat permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sekolah rendah KPM dengan tambahan mata pelajaran elektif seperti Pendid ikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi dan Pendidikan Jasmani.
“Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan keperluan guru Bahasa Cina dan Bahasa Tamil termasuk di sekolah bantuan kerajaan akan mendapat perhatian dan permintaan dalam kalangan pemohon yang berminat untuk mengikuti pengkhususan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil,” kata Fadhlina dalam jawapan bertulis kepada Tan Hong Pin (Bakri-PH).
Bagi tahun 2023, penempatan guru di SJKC dan SJKT akan dibuat secara berperingkat.
Terkini, dijangka seramai 600 orang calon guru akan ditempatkan melibatkan pelbagai opsyen mata pelajaran.
KPM dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) juga akan melaksanakan pengambilan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah.
BACA JUGA:Â Tujuh langkah Kementerian Pendidikan untuk menjaga kesejahteraan guru
Â