Mohor Besar Raja-Raja tentukan tarikh puasa malam ini

Aktiviti cerapan anak bulan atau hilal Ramadan bagi tahun 1444H akan berjalan serentak di 29 lokasi rasmi di seluruh negara petang ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam hantarannya di Facebook berkata umat Islam di negara ini akan mula melaksanakan ibadat puasa Ramadan sebaik sahaja pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ini.

JAKIM berkata proses cerapan hilal akan disiarkan secara live stream di laman Facebook agensi itu bermula pukul 5 petang ini.

Berdasarkan kepada data hilal Ramadan di Pulau Perak, Kedah iaitu titik rujukan paling barat di Malaysia menunjukkan syarat kebolehnampakan anak bulan telah dipenuhi, maka esok (Khamis) merupakan 1 Ramadan.

Bagaimanapun, pengisytiharan tarikh mula puasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Â