Empat dituduh dalam kes penyelewengan RM92.5 juta

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa empat individu telah dituduh di mahkamah berkaitan dengan dakwaan penyelewengan RM92.5juta dari pakej rangsangan ekonomi oleh pentadbiran terdahulu.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun membuka beberapa buah kertas siasatan berkenaan dengan isu penyelewengan Pakej Rangsangan Ekonomi.”

Beliau berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada Gobind Singh Deo (Damansara – PH).

Antara tokoh yang berdepan dengan tuduhan mahkamah ialah Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor-PN) dan Tan Sri Mahiaddin Yassin (Pagoh-PN).

BACA JUGA: Wan Saiful didakwa terima rasuah RM6.9 juta Jana Wibawa