Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India hanya cadangan menteri
Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India ialah satu cadangan jawatankuasa oleh Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
“Penubuhan jawatankuasa masih belum diputuskan”, kata Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada M Saravanan (Tapah-BN) yang bertanya berkenaan hala tuju, sasaran dan fungsi jawatankuasa tersebut dalam menyelesaikan masalah masyarakat India.