JPKKP bukan perkara baru

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri-negeri yang tidak ditadbir parti pemerintah di peringkat persekutuan sebagai ‘bukan perkara baru’.

Penubuhan JPKKP di negeri-negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan bukanlah suatu perkara baharu atau asing kerana ianya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan yang
memerintah sebelum ini,” kata Zahid dalam jawapan bertulis kepada Nurul Amin Hamid (Padang Terap-PN)

“Sebagai contoh, pada tahun 2008, JPKKP telah ditubuhkan di negeri-negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan pada masa itu yang bertujuan untuk melancarkan pelaksanaan program-program pembangunan Kerajaan Persekutuan di peringkat kampung.

Pada masa sekarang JPKKP ada di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kesemua negeri ini di bawah Pas yang menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional.

BACA JUGA: Anwar pertahan pelantikan Ahmad Zahid di dalam kabinet