KPDNKSH bertanggungjawab luluskan pengambilan tukang gunting, tekstil dan tukang emas

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar menjelaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ialah agensi kawal selia yang bertanggungjawab untuk mempertimbang dan meluluskan permohonan pengambilan pekerja dalam subsektor perkhidmatan tukang gunting, tekstil dan tukang emas,

Desakan untuk pengambilan pekerja asing dalam subsektor berkenaan bagaimanapun perlu diperhalusi oleh kabinet.

Pembekuan pengambilan pekerja asing untuk subsektor perkhidmatan tukang gunting, perkhidmatan tekstil dan tukang emas telah dibekukan sejak 2009.

Sivakumar memberikan penjelasan di atas sebagai respon di dalam jawapan bertulis kepada V Ganabatirao (Klang-PH).

Isu pekerja di dalam sektor ini seringkali dibangkitkan di dalam media sosial sehingga ada pihak yang memberi naratif perkauman berkaitan perkara ini kerana sektor berkenaan didominasi oleh masyarakat India.

BACA JUGA: Yuran ambil pekerja asing kekal RM1500