Tiga topik menarik dalam waktu pertanyaan menteri
Waktu pertanyaan menteri hari ini menyaksikan tiga topik menarik dibangkitkan oleh ahli parlimen.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-PH) membangkitkan persoalan berkaitan cadangan menjadikan sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan tertentu.
Soalan ini dibangkitkan kepada Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Saad (Pokok Sena-PN) meminta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan Kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.
Young Syefura Othman (Bentong-PH) pula menbangkitkan pula kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak telah dilaporkan, didakwa dan diselesaikan sejak Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sesi soalan lisan pula menyaksikan Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam-BN) ] bertanya berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing diberi kewarganegaraan automatik.
Chong Zhemin (Kampar-PH) bertanyakan projek perumahan terabai secara terperinci dan jumlah GDV (Gross Development Value) yang terkini dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Wan Razali Wan Nor (Kuantan-PN) membangkitkan persoalan berkaitan kawalan dan pencegahan HIV dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
BACA JUGA: Persoalan menarik di Dewan Rakyat