Baki stok vaksin Covid-19 sebanyak 8.6 juta dos

Baki stok vaksin Covid-19 pelbagai jenama dalam negara setakat 1 Februari ialah 8,633,249 dos yang akan luput antara Februari dan September tahun ini

Berikut adalah pecahan dos mengikut jenama yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam jawapan bertulis kepada Dr Kelvin Lee Yu Wern (Bandar Kuching-PH):

Sinopharm Covillo sumbangan UAE akan luput pada September.

CanSino telah, sedang dan akan luput masing-masing dalam bulan Februari, Mac dan April.

Kumpulan Sinovac (Coronavac) pertama sedang dan akan luput antara Mac hingga Julai. Kumpulan kedua sumbangan China akan luput dalam bulan September.

Pfizer (Comirnaty) telah mula luput sejak Februari hingga April.

Pfizer Paeds (Comirnaty Paeds) pula luput sejak Februari dan berterusan hingga Jun.

Kesemua jenama akan luput tahun ini.

Dr Zaliha turut menyatakan bilangan penerima dos.

Seramai 27,544,784 (84.3%) penduduk telah menerima dos primer lengkap, manakala 16,320,153 (50%) penduduk telah menerima dos penggalak pertama dan 815,671 (2.5%) populasi telah menerima menerima dos penggalak kedua.

BACA JUGA: KKM siapsiaga hadapi penularan Covid-19 dari China

Â