Khairuddin Aman Razali, penasihat agama pro bono Timbalan Perdana Menteri

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai penasihat agama pro bono Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Beliau berkhidmat sebagai penasihat agama tanpa gaji,” sumber Pejabat TPM dipetik berkata.

Khairuddin adalah bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi serta bekas ahli parlimen Kuala Nerus di bawah PAS sebelum ini.

Dia berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2011.

Sebelum itu dia melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang sama di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada tahun 2000.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Khairuddin bertanding mempertahankan kerusi parlimen Kuala Nerus sebagai calon BN selepas mengisytiharkan keluar daripada PAS, namun tewas di kerusi berkenaan.