LGBT: Pas diminta selesaikan masalah homoseksual di Kelantan

Pas diminta menyelesaikan masalah aktiviti LGBT di negeri yang diperintah olehnya iaitu Kelantan yang menunjukkan peningkatan ketara di samping membuat bising isu itu dengan menyalahkan pihak lain.

Gesaan ini dibuat ekoran kenyataan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin sebelum ini yang berkata, trend kes baru HIV dalam kalangan homeseksual di Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 33.2 peratus dalam tempoh lima tahun bermula 2016 sehingga 2021.

Beliau berkata, berdasarkan data yang diperoleh, peningkatan ketara itu adalah sebanyak 15.9 peratus dari tahun 2016 kepada 49.1 peratus pada tahun 2021 termasuk dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagaimanapun kadar notifikasi HIV di Kelantan menunjukkan penurunan ketara iaitu 27.5 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2010; 10.8 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2016 dan 4.25 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2021.

“Selain itu, perubahan landskap jangkitan HIV atau AIDS juga dilihat amat ketara dengan trend HIV baru dalam kalangan penagih dadah suntikan menurun dengan konsisten.

“Data prevalen (IBBS 2017) turut menunjukkan penurunan prelaven HIV dalam kalangan penagih dadah secara suntikan menurun daripada 44.7 peratus pada tahun 2014 berbanding 31 peratus pada tahun 2017,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Aids Sedunia 2022 Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Kuantan dari Perikatan Nasional (PN) Wan Razali Wan Nor menunjukkan bukti bahawa punca HIV dari kegiatan homoseksual meningkat sebagaimana kata Pengarah Kesihatan Kelantan itu.

Beliau berkata, Laporan Global Aids Monitoring yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peningkatan penghidap HIV berumur antara 20 hingga 29 tahun, iaitu 45 peratus.

Katanya, kegiatan homoseksual sebagai penyebabkan HIV meningkat dengan ketara manakala kes berkongsi jarum suntikan menurun.

Katanya, laporan Sinar Harian pada 30 November 2019, menunjukkan landskap penghidap HIV di Malaysia berubah apabila pada 2010, kes paling tinggi disebabkan suntikan jarum iaitu 48 peratus, tetapi pada 2018 kes paling tinggi membabitkan hubungan seksual antara lelaki iaitu 57 peratus dan hubungan heteroseksual sebanyak 37 peratus.

“Kena selesai isu LGBT di negeri kita dulu sebelum sibuk nak selesai masalah seluruh dunia…” kata seorang aktivis media sosial ketika mengulas apa yang berlaku di Kelantan ini.

Ia disokong oleh para aktivis media sosial yang lain ketika mengulas isu yang sama.

Bagi Muhammad Fahmi, fakta bahawa di kelantan 95% adalah Melayu, 3.8% Cina, 0.3% India dan 0.9% lain-lain kaum.

“Perkembangan yang sungguh menakutkan,” kata beliau.

Bagi Molgaban Ta’ot pula, apa yang berlaku kepada Pas adalah umpama peribahasa “kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.”

“Itu lah puak-puak pemimpin penungang ugama,” katanya.

Seorang lagi aktivis meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohamad Nor dihantar ke Kelantan supaya dia boleh bercakap dan menjelaskan isu ini.

Alee Mohd Said menulis, “Mohon hantar nusi ke sana jadi MB. Bagi dia sembang kat sana… Sekali sembang + gebang, semua masalah tu boleh settle.”

 

BACA JUGA Anwar: Semua monopoli dalam negara sedang dikaji semula