Perak, Johor antara lima negeri diramal hujan lebat, ribut petir malam ini

Sebahagian tengah Perak dan Johor antara lima negeri yang diramalkan ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 9 malam ini.

Tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan jangkaan hujan lebat melebihi sejam di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak serta Batang Padang.

Sementara itu, amaran sama dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam di Johor pula meliputi Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook turut meramalkan amaran sama di kawasan Kapit, Bintulu serta Miri (Beluru dan Telang Usan) di Sarawak.

Amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang juga dijangka di Sabah sekitar kawasan pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

BACA JUGA Mangsa banjir B40 bakal dapat baucar elektrik RM300

Â