PN pusat akan muktamadkan agihan kerusi PRN
Perikatan Nasional (PN) pusat akan memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, gabungan itu juga telah melancarkan jenteranya dan menyusun strategi untuk 100 hari bagi menghadapi PRN.
Sehubungan itu, katanya, PN telah melantik ‘mas’ul’ atau koordinator di kesemua enam negeri yang akan bertanding pada PRN kali ini.
Menteri Besar Kedah berkenaan juga dilapor berkatal ada beberapa cadangan tarikh sudah dibuat, tetapi belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Menurutnya lagi, PN di Kedah akan menang 33 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala blok itu, katanya, akan menyapu bersih Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, di Pulau Pinang, Sanusi menjangkakan PN akan menambah kerusi lebih banyak walaupun hampir-hampir dapat membentuk kerajaan.
BACA JUGA Pertandingan 2 penjuru dalam PRN di 6 negeri