Remaja perempuan Kelantan bayar zakat RM10,000 jual produk di TikTok

Seorang remaja perempuan Kelantan berusia 14 tahun yang mesra dipanggi Piya muncul menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000.

Pelajar Tingkatan Dua bernama Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman yang merupakan pengasas produk pemakanan Beby Curve itu hadir ke pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), kelmarin.

Menerusi laman Facebook rasmi MAIK, Piya ditemani ibu dan bapanya ketika membayar zakat tersebut menerusi Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

Piya ditemani ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayah Mustaman Che Yusof.

Lapor BH, Piya menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan mula dijual bermula September tahun lalu.

Beliau yang mula berniaga menerusi aplikasi TikTok mengakui agak terkejut apabila jualannya mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

Susulan itu, jelasnya, beliau mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produknya.

“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK,” dipetik BH.

 

BACA JUGA LGBT: Pas diminta selesaikan masalah homoseksual di Kelantan