Amirudin hargai peranan DAP antara parti tunjang PH, sedia hadapi PRN Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau menghargai peranan dimainkan oleh DAP sebagai antara parti tunjang dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Pengerusi PH Selangor berkata DAP dan PH bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebok selepas menghadiri Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2023 di Klang semalam.
Hadir sama Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.
Amirudin yang juga Menteri Besar sebelum ini dilaporkan mencapai kata sepakat dengan lima lagi negeri termasuk di bawah PN untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jun.
Ia bagi memberikan laluan kepada PRN serentak di enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
PH mahu memastikan terus menguasai Selangor bagi penggal keempat dan kembali diberi mandat di Negeri Sembilan selain turut meletakkan sasaran untuk merampas Kedah daripada PN.
Bagi Kelantan dan Terengganu pula, PH menyasarkan untuk muncul sebagai pembangkang yang kuat namun tidak mustahil membuat kejutan menumpaskan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang yang sudah menguasai negeri itu sejak tahun 1990.
Â