Anwar kembali dalam PMQ, jawab tiga soalan Ahli Parlimen

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) dengan menjawab tiga soalan daripada Ahli Parlimen.

Soalan pertama ialah dari Jalaluddin Alias (Jelebu-BN) berkaitan dengan kemajuan pelaksanaan usaha menamatkan kemiskinan.

Hanya seorang ahli pembangkang bertanya soalan hari ini.

Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah-PN) bertanya mengenai kesediaan kerajaan melaksanakan syor Transparency International (TI-M) agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan bukannya Jabatan Perdana Menteri agar ia memainkan peranan semak dan imbang, telus dan meningkatkan kepercayaan rakyat.

Chiew Choon Man (Miri-PH) bertanyakan berkenaan langkah mencapai keadilan transisi dalam kes berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik seperti kes Pandora Papers dan kes mantan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Sesi soalan lisan pula bermula dengan persoalan menguatkuasakan perolehan secara tender termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui oleh 5G. Soalan dari Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) ditujukan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Khairil Nizam Khiruddin (Jerantut-PN) membangkitkan persoalan berkaitan strategi menangani kos haji dan umrah yang melonjak sejak kebelakangan ini.

William Leong Jee Keen pula bertanyakan soalan berkaitan usaha meningkatkan tahap daya saing Malaysia yang berada di kedudukan 32 di dalam ranking daya saing dunia untuk tahun 2022.

BACA JUGA: Persoalan menarik di Dewan Rakyat

Â