Elaun pentadbir sekolah dalam proses ditambah baik

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa Jabatan Perkhidmatan dalam proses menambah baik elaun pentadbir sekolah dalam usaha meningkatkan bilangan penolong kanan dan guru besar di sekolah.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti penambahbaikan berhubung elaun pentadbir perkara melalui Kajian Rasionalisasi Elaun Perkhidmatan Awam.”

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu-PN).

BACA JUGA: Masalah kekurangan guru Bahasa Cina dan Tamil sedang diatasi