Jho Low dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun tanpa kehadiran di Kuwait

Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low telah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara tanpa kehadirannya semalam oleh sebuah mahkamah Kuwait atas tuduhan pengubahan wang haram 1Malaysia Development Board (1MDB).

Tuduhan dan hukuman sama telah disabitkan ke atas anak bekas perdana menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah kerana bekerjasama dengan Jho Low

Peguam peribadi Sheikh Saud Abdelmohsan, rakan kolej Jho Low dan rakan kongsi Sheikh yang dikaitkan dengan sekutu Jho Low iaitu Hamad Al Wazan, dan bekas rakan perniagaan Sheikh, Bachar Kiwan turut disabitkan kesalahan.

Ini kali pertama Jho Low telah disabitkan kesalahan tanpa kehadirannya. Di Malaysia, Jho Low hanya dituduh tanpa kehadiran dalam 2018.

Peguam peribadi Sheikh pula dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.

Kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk matawang China bersamaan KD343,700,000 (RM4.95 bilion).

Mereka telah diperintahkan untuk memulangkan AS$1 bilion (RM4.4bilion) selain perlu membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

Agensi berita Al-Qabar melaporkan bahaw kelima-lima mereka mengetahui bahawa dana tersebut adalah wang haram yang diseleweng daripada dana pelaburan Malaysia.

Ia turut melaporkan bahawa kes tersebut tertangguh selama dua tahun sebelum dibuka semula kerana kesukaran mendapatkan maklumat dari luar negara.

BACA JUGA: Najib, Arul Kanda bebas daripada tuduhan pinda laporan 1MDB