Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali sah letak jawatan

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah disahkan meletakkan jawatan.

Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah menerima surat peletakan jawatan ketua menteri Melaka.

“Saya akan menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam untuk memoersembahkan nama calon yang bersesuaian bagi menggantikan ketua menteri Melaka yang baru,” kata Zahid yang telah menerima surat tersebut di pejabatnya di parlimen beberapa hari yang lalu.

“(dan) saya mengharapkan kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri menerima watikah yang saya akan kemukakan dan majlis angkat sumpah mengikut kesesuaian tarikh Yang di-Pertua Negeri,” katanya dalam sidang media di Masjid Kampung Lebu, Bentong, Pahang.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, nama hangat yang dikatakan akan mengambil alih tampuk kepimpinan Melaka.

Desas desus bertiup kencang bahawa Sulaiman akan digantikan oleh Exco pelaburan industri, pembangunan keusahawanan dan koperasi, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf juga ialah Adun Tanjung Bidara. Beliau juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka dan pengerusi BN Melaka.

Pelantikan Ketua Menteri baru dijangka berlangsung pada hari Jumaat.

Pilihan raya negeri Melaka pada 2021 juga kerana usaha untuk menukar Sulaiman. Walau bagaimanapun ia tidak terjadi.

BN berjaya memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya tersebut. Kerajaan Melaka mempunyai majoriti 26 daripada keseluruhan 28 kerusi.