Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050?
Sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bermula dengan persoalan mengenai rancangan Malaysia menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 sebagaimana yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-12. Persoalan ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam-BN) kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Chow Kon Yeow (Batu Kawan – PH) pula membangkitkan persoalan berkenaan negara pembekal tenaga buruh, jumlah pekerja asing yang akan dibawa masuk dan tempoh masa yang diperlukan untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh.
Ismail Muttalib (Maran-PN) membangkitkan persoalan mengenai tanah rizab Melayu. Secara terperinci beliau bertanya mengenai jumlah keluasan asal mengikut negeri dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan tanah rizab Melayu. Persoalan ini juga ditujukan kepada Nik Nazmi.
BACA JUGA: Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini