Pengundian elektronik: Kajian, pindaan Peraturan Mesyuarat diperlukan

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bahawa sistem pengundian elektronik perlu dikaji dan akan melibatkan pindaan kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Cadangan untuk melaksanakan sistem mengundi secara elektronik (electronic voting) memerlukan pindaan ke atas Peraturan – peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Liong (Labis-PH).

“Sehubungan itu, ia memerlukan kajian yang teliti sebelum dibawa ke Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan.”

Pang dalam soalannya menyatakan bahawa pengundian elektronik memudah dan mempercepatkan pengiraan undi khususnya undi belah bahagi.

BACA JUGA: Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini