Platform media sosial kegemaran rakyat Malaysia berubah mengikut tahun

Platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia berubah-ubah mengikut tahun.

Memetik data daripada datareportal.com/ Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyatakan bahawa platform paling banyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam tahun 2022 ialah WhatsApp.

Walau bahagaimanapun pada tahun 2020 dan 2021, platform nombor satu ialah Youtube.

WhatsApp menduduki tempat kedua pada tahun 2020 dan 2021 tetapi pada tahun 2022 kedudukan itu diambil alih Facebook.

Platform medsos di tempat ketiga ialah Facebook untuk tahun 2020 dan 2021 tetapi pada tahun 2022 ia diambil alih oleh Instagram.

Platform media sosial lain yang turut tersenarai ialah Telegram, Facebook Messenger, Twitter, TikTok, WeChat, LinkedIn, Pinterest dan Snapchat.

Fahmi turut menjelaskan kepada Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah-PN) bahawa Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Kod Kandungan) menggariskan amalan terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penyusunan kandungan dan merupakan rujukan utama bagi pemain industri termasuklah para penyiar, pencipta kandungan, pengiklan, pempengaruh media sosial (influencer) dan juga pengguna.

“(Kod) Kandungan juga digunakan sebagai rujukan untuk tafsiran kesalahan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Penguatkuasaan Kod Kandungan tidak menjangkau platform media sosial yang dihoskan di luar Malaysia.” kata beliau.