PN dibiayai syarikat judi: SPRM sedang teliti maklumat berkaitan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengkaji dan meneliti maklumat berkaitan dakwan bahawa kempen Perikatan Nasional (PN) di dalam pilihan raya umum ke 15 turut dibiayai oleh dana syarikat perjudian.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan perkara di atas di dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas-PN).
Dakwaan tersebut timbul ketika kempen pilihan raya umum lalu.