Tempoh seminggu kepada Anwar: Apa agenda Mahathir?

Oleh NORMAN RADZUANĀ 

Ramai terkejut Mahathir ambil tindakan kepada Anwar untuk tarik balik tuduhan ke atas dirinya. Saya langsung tidak berasa demikian berdasarkan pandangan politik saya ia sudah dijangkakan.

Pada pandangan saya, ada agenda lain di sebalik tindakan undang-undang tersebut. Sebelum ini begitu banyak tuduhan kepada Mahathir.

Antaranya ada menteri kata dia bapa perompak, ada bekas menteri kata Mahathir salah guna kuasa kepada Petronas, ada yang kata dia diktator dan Mahafiraun.

Malah, ada yang kata beliau salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi tetapi Mahathir ketika itu mengambil sikap masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Kenapa dengan Anwar yang tidak memetik namanya Mahathir mahu mengambil tindakan undang-undang? Jawapannya mudah dari bacaan politik saya, Mahathir sedang merancang sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Baca gerakan politik Mahathir:

1) Seperti zaman Pak Lah dan Najib… Mahathir memulakan gerakan agenda politiknya dengan mengkritik pentadbiran kedua mantan PM tersebut.

Begitu juga dilakukan sekarang untuk potretkan Anwar juga bukan PM yang baik. Pernah anda dengar Mahathir memuji mana-mana PM selainnya?

2) Seperti agenda sebelum ini ketika beliau sendiri memimpin menjadi PM tiba-tiba Mahathir mengadakan Kongres Maruah Melayu untuk melemahkan PH. Sekarang beliau cuba dengan program Proklamasi Melayu.

3) Jika dahulu Mahathir sanggup melutut kepada Anwar untuk menjayakan agenda peribadinya, kali ini jangan terkejut beliau sanggup untuk bekerjasama dgn pembangkang atas nama Melayu. Ini agenda seterusnya yang cuba dilakukan mengikut bacaan politik saya.

4) Mahathir saman Anwar sekadar untuk mencalarkan imej Perdana Menteri. Mahathir bimbang populariti Anwar akan membuat rakyat semakin menerimanya.

Saya tidak yakin Mahathir meneruskannya kerana seluruh rakyat tahu anak-anak mantan Perdana Menteri ini kaya-raya. Saya lebih yakin beliau akan tarik kes ini di pertengahan jalan.

5) Selepas ini, saya yakin beliau akan menggerakkan parti-parti pembangkang terutama menjelang PRN dijangka Julai ini dengan agenda Melayu.

Semua ini dilakukan untuk menidakkan Kerajaan Perpaduan ini kekal sepenggal. Mahathir bukan ketua kampung tetapi beliau mantan PM dan Menteri Kewangan.

Beliau tahu jika Anwar dibiarkan menjadi PM sehingga habis penggal, rakyat akan bersama Anwar kerana mana-mana negara yang melawan korupsi pasti akan berjaya jika diuruskan dengan baik.

Inilah yang sangat dibimbangi oleh Mahathir. Legasinya akan dilupakan malah dibenci rakyat Malaysia. Apatah melihat perkembangan betapa agresif dan berani SPRM membuka fail-fail kes rasuah.

Melucukan apabila Mahathir kata selepas beliau bukan lagi menjadi Perdana Menteri orang Melayu miskin. Seolah-olah ketika beliau menjadi PM orang Melayu semuanya kaya.

Padahal, orang Melayu menolak partinya di mana semua Parlimen parti Pejuangnya bertanding kesemua hilang wang pertaruhan pada PRU lalu.

Saya berdoa semoga Mahathir diberikan taufik dan hidayah untuk fokus kepada keluarganya menjelang usianya yang menghampiri 100 tahun.

Tidak ada manusia di dunia yang masih menyibuk tentang hal politik dalam usia sepertinya. Tanya saya bukan agenda Melayu tetapi seolah-olah agenda peribadi.

BACA JUGA Orang Melayu semakin terpinggir? Dr Taufiq bidas Dr Mahathir