Anwar di China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat lawatan rasmi pertama empat hari ke negara kuasa besar China semalam.

Beliau membuat lawatan selepas lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Perjumpaan beliau dengan rakan sejawatnya Li Qiang akan membincangkan perkara-perkara berkaitan perdagangan, pelaburan, keterjaminan makanan.

Beliau sendiri telah menyatakan bahawa satu pengumuman berkaitan pelaburan besar akan diumumkan.

Anwar dijadualkan memberikan ucap tamanya di persidangan Boao Forum Asia (BFA) yang akan berlangsung di Pulau Hainan. Tema persidangan ialah “An Uncertain World: Solidarity and Cooperation for Development and Challenges”.

Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Hsian Loong.

BFA ialah platform yang menganjurkan pembangunan bersama menerusi integrasi ekonomi serantau. Dalam program ini, Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsian Loong.

Mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah pemimpin Malaysia sebelum ini yang menghadiri BFA pada tahun 2015.

BACA JUGA: PM Anwar selamat tiba di Jeddah, buat lawatan rasmi ke Arab Saudi